Tuesday, February 22, 2011

CETAKAN

Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.

Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7 Masihi di China. Seterusnya industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya. Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.

Media

Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela.

Warna

Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat, papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang masing-masing menghasilkan warna yang berbeza. Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafis menggunakan sampai tujuh plat. Tiap penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap.

Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi.Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa) warna yang telah tercetak sebelumnya.
Pada teknik grafis seperti chine-collé atau monotype, pegrafis kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak.
Konsep warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak digital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau ruang warna lain

Jenis cetakan

Jenis cetakan klasik merangkumi :
a) cetakan timbul ( relief )
b) cetakan benam ( intaglio )
c) cetakan datar ( planography/litography )
d) cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )

Wednesday, February 2, 2011

Cetakan Sutera Saring


1.0 Pengenalan
Secara ringkasnya cetakan sutera saring ini dipanggil sebagai cetakan “Silkscreen”. Selain itu cetakan sutera saring ini juga dikenali sebagai Serigraphy. Nama ini diberikan dari bahasa Latin iaitu “seri” yang membawa maksud (silk) dan perkataan dari Greek iaitu “graphos” yang membawa maksud melukis atau menulis. Di zaman dahulu penggunaan sutera asli (silk) itu adalah sebagai bahan utama untuk dijadikan cetakan. Namun demikian setelah masa berubah dengan kemajuan masa kini, maka ianya telah ditukarkan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini juga mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan sesuatu karya.



2.0 Persediaan Dalam Membentuk

Dalam penyediaan stensil imej untuk kerja-kerja silkscreen, imej mestilah berwarna hitam atau putih (Black and White) samada untuk latar atau imej itu sendiri. Jika menggunakan komputer, anda digalakkan untuk mencetak imej ke atas plastik lutsinar (transparency) atau tracing paper bagi memudahkan proses pencetakan dilakukan. Namun begitu kita juga boleh mencetak imej pada permukaan kertas biasa, tetapi sebelum imej itu diekspose. Kita hendaklah menyapukan sedikit minyak pada permukaan kertas supaya imej mudah untuk dilihat. Untuk mengedit imej kita dicadangkan menggunakan perisian komputer seperti Adobe Illustrator atau Photoshop. Untuk melukis imej itu sendiri secara manual pun boleh. Ia adalah dengan melukis di atas kertas putih, dan kemudian menekapkan lukisan tersebut di atas tracing paper menggunakan marker hitam atau terus melukis di atas tracing paper.


3.0 Penyediaan Bahan dan Alatan

Bahan-bahan seperti Blok Silkscreen dan Lightbox adalah peralatan utama dalam proses kerja cetakan sutera saring ini kerana Lightbox ini digunakan untuk mengekspose gambar. Jika tiada lightbox, kita boleh membuatnya secara sendiri dengan penggunakan bahan-bahan seperti kayu, papan nipis atau papan, paku, penukul, staple gun, marker, playar ‘longnose’, gunting, skrew, skrew driver, musking tape, pembaris, lampu kalimantang, gergaji, kayu cermin lutsinar dan pisau. Kita boleh membuat sendiri Light Box (DIY) dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai sumber cahaya selain menggunakan cahaya matahari. Bagi alatan mencetak pula kita perlukan Media Cetakan Silkscreen Dakwat minyak (oil base) atau air (water base), sekuji, scoop coater (pilihan), tape lutsinar, camca, spray gun atau spray, bekas plastik, photo emulsion, sensitizer dan hardener.


4.0 Proses Menyedia ”Photo Emulsion”

Dalam proses menyediakan Photo Emulsion kita perlu menyediakan 3 bahan asas. Antara bahan-bahan tersebut ialah Photo Emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada Photo Emulsion) dan -Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silkscreen yang tidak / kurang terkena Photo Emulsion)
Dalam proses penjagaan Photo Emulsion ini, kita harus memastikan ianya tidak terkena cahaya secara terus untuk lebih tahan lama. Jika bekas photo emulsion telah dibuka ia boleh bertahan sehingga 6 bulan dan jika dicampur sensitizer tahan sekurang-kurangnya 3 bulan.


5.0 Proses Coating Silkscreen

Proses coating hendaklah dilakukan didalam bilik yang mempunyai kapasiti cahaya yang minima. Pastikan kain Silkscreen anda bersih. kita boleh menggunakan sekuji alatan khas (scoop coater) untuk meyapu/meratakan photo emulsion yang telah disediakan. Sapukan secara rata keatas permukaan silkscreen. Anda boleh menyapunya di bahagian hadapan sahaja ataupun di kedua-dua belah silkscreen. Setelah selesai, blok silkscreen tersebut hendaklah dikeringkan (pastikan ianya benar-benar kering) atau di tempat yang tidak bercahaya atau kadar cahaya yang rendah. Elakkan meletakkan blk silkscreen di tempat yang terlalu banyak cahaya, kerana ia akan menjadikan blok yang telah di coating rosak. Pastikan bahagian hadapan mengadap ke bawah (imej mengadap ke bawah) dan tidak menyentuh permukaan lain semasa proses pengeringan.




6.0 Proses Mengekspose Imej

Proses mengekspose ini haruslah menggunakan Lightbox mengikut masa yang telah ditetapkan. Namun begitu jangka waktu penetapan dedahan cahaya ke atas sesuatu imej juga boleh berbeza hasil keputusannya, bergantung kepada jenis Photo Emulsion, cara bancuhan dan campuran, Jenis lampu yang digunakan, Imej (kejelasan). Segalanya harus dilakukan secara berhati-hati agar tiada sebarang kesilapan.


7.0 Proses Menanggal Photo Emulsion


Setelah tamat tempoh mengekspose, barulah kita boleh menanggalkan photo emulsion selepas diekspose untuk menampakkan imej yang terhasil. Mula-mula ratakan air dahulu ke atas permukaan silkscreen selama 30 saat – 1 minit atau sehingga nampak imej. Kemudian halakan air samada menggunakan spraygun atau paip biasa. Kemudian biarkan ianya terkena cahaya matahari selama beberapa minit kemudian barulah imej itu sedia dicetak keatas permukaan yang di ingini seperti pada Tshirt atau kertas.
Untuk mencuci block dari photo emulsion ini, kita boleh memadamkannya dengan menggunakan photo emulsion remover.


8.0 Proses Mencetak

Proses mencetak haruslah dilakukan secara berhati-hati tetapi cepat. Supaya imej yang terhasil akan tepat. Proses meratakan warna di dalam blok haruslah menggunakan sekuji.

9.0 Proses Menanggalkan Warna

Jangan biarkan warna berada terlalu lama di atas silkscreen kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian silkscreen anda. Kita harus terus membasuh blok silkscreen setelah selesai kerja-kerja yang telah dilakukan, begitu juga dengan sekuji serta alatan yang berkaitan. Jemur dan biarkan blok anda kering.

sejarah seni

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.
Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

lukisan teknikal (teknikal drawing)

Pengenalan
Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-
  1. Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
  2. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.
Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan.


Lukisan Teknik
Lakaran mesin terbang Leonardo da Vinci.
Lukisan pemasangan 2-dimensi
Lukisan terperinci atau lukisan pembuatan
Lukisan pemasangan terurai 3-dimensi dilukis dengan sistem CADD
Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.
Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.

lukisan teknikal menggunakan subjek mental sebagai contoh mentol,pisau dan sebagainya. apabila kita sudah melukis subjek mental kita, kita boleh mengubah suai bentuk dari segi sudat pandangan yang berbeza atau kita menjadikan satu titik fokus dan menjadikannya sebagai penerangan

Tuesday, February 1, 2011

ALATAN FOTOGRAFI

Alatan Fotografi yang pernah berkembang sejak awal kamera lubang jarum ke muka SLR digital saat ini, pelanggan pasti manja untuk pilihan. Anda boleh menggunakan sesederhana kamera telefon bimbit atau titik-dan-menembak selesa compacts. Untuk jurugambar yang lebih serius, ada versi prosumer atau pergi semua cara untuk menggunakan kamera DSLR.

Namun kamera terbaik tidak bermakna anda boleh mengambil gambar terbaik, walaupun kamera digital berkualiti baik pasti akan membantu untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik. Kadang-kadang anda boleh mendapatkan beberapa foto mobile yang menarik. Ya, itu bukan peralatan tetapi seberapa kreatif orang di balik lensa! Menggunakan kamera telefon mungkin serupa dengan menggunakan kamera Lomo quirkiness meskipun tidak begitu besar seperti kamera Lomo.

Di sini kita akan membahas beberapa peralatan yang sedia untuk jurugambar pemula dan apa yang harus diperhatikan ketika memilih kamera digital.

NIKON